Thursday, 17 January 2013

Mawar berduri..^_^



 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ .. :')

Syukur buat-Mu duhai Pemilik cinta,Pencipta cinta dan Penganugerah cinta.
Kerana pena ini terlakar.Kau bantulah diri ini agar penaku ini tidak sesekali
tercemar dengan apa  jua penyakit hati yang merosakkan cinta.
Harumkan dadaku dengan cinta-Mu,harumlah alam ini dengan wangian
CINTA HAKIKI..

'haa...tetiba jew kan post pasal cinta.'.hehe=.=
(berbunga jew dlm hati klau sebut cinta kan)
tp ingat jangan tersasar dalam memberi dan menerima cinta..
cinta Allah yg lebih abadi..cinta manusia xmungkin akan terbalas
tetapi cinta pada yg Esa sudah tertentu akan terbalas..
cecey,,,pndai plak berfalsafah pasal cinta...*^_^*..

Wahai Muslimah yg kusyg,yg ku hormati kerna Allah
hatimu ibarat kain apabila kain itu basah,lambat nak kering,
apabila hatimu sakit lambat nak sembuh,
kadang2 ambik masa yang lma,
jadi jagalah hatimu wahai muslimah Mawar berduri,
yang tidak mudah disentuh,tidak boleh dihinggap dengan cara
yang mudah dan tidak mudah didekati...:')

Wednesday, 16 January 2013

Ukhwah fillah abadan abada..*=.=*

 
~* SAHABAT YANG BAIK itu adalah :

Sahabat yang ada di kala SUKA DAN DUKA..
Sahabat yang mengingati ketika TERLUPA..
Sahabat yang menasihati ketika TERLEKA..
Sahabat yang MEMBUAHKAN PAHALA bersama..
Dan yang TERPENTING sekali,
Sahabat yang baik itu..
Sentiasa BERUSAHA membawamu ke SYURGA..

Bagaikan setiap masa dan ketika aku selalu memintamu
berada disisi ku menemaniku
setiap masa dan setiap detik
Aku tahu aku sering menyusahkanmu
namun engkau tetap menguntumkan senyuman manis
sepertinya engkau tahu betapa suramnya hatiku
dan engkau berusaha menghiburkan aku dengan senyuman itu.

Terima kasih, sahabat.

Aku begitu bersyukur
kerana engkau adalah sahabatku.

Bersama-sama
kita lalu denai kepayahan
bersama-sama
kita turuni bukit cabaran
juga, bersama-sama
kita seberangi lautan kesedihan.

Dan engkau
tidak pernah jemu dengan karenahku;
sudi menjadi pendengar di sisiku;
sudi membeli masalahku.

Terima kasih, sahabat.

Harapanku
semoga kita berjaya bersama kelak
engkau di bidang mu
dan aku dibidangku
Insyaallah sahabat

-----kak yana,aida,nino----
sahabat seperjuangan walaupun sekarang dah beralih arah ke bidang masing2..
walaupun pertemuan kita hanya singkat..
tp awop2 suma masih kekal dalam hati sy..^__^
ukhwah fillah..


haa...nie tuan pemilik blog..=.=

Bicara hati :')

Assalamualaikum w.b.t
salam kasihku..salam keindahan pagi nie dengan rahmat Allah..
haa....entry kali nie nk story2 pasal dri ana yang daif nie..
maklumlah dah siap blogger bruu..hehe..
*^_^*..
blogger jugak adalah satu medium untuk kita menyampaikan dakwah
dengan cara pena :")
hamba daif nie mulakan bicara..=.=

"Ya Allah! Jadikanlah aku bunga idaman para mujahid... 
Bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran. Jadikanlah aku wanita solehah, wanita mukminah!"

Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.
Seorang Hamba Allah yang sentiasa meletakkan setiap harapan dan impian dalam hatinya hanya kepada ALLAH TAALA.... :). Hamba Allah yang sangat kerdil dan sederhana dalam setiap kehidupannya. Namun masih mencari sinar keimanan dan ketaqwaan dari yang Maha Esa untuk memperbaiki setiap kehidupan yang masih bernyawa di bumi Allah yang bersifat sementara ini. Impian dalam hidup ini: Abdillah Muti'ah (Hamba Allah Yang Taat). Syahidah Fisabillah (Syahid di jalan ALLAH)- Insya Allah. Ummu 'aqilah (Ibu yang cerdik/berakal) -Insya Allah (belum lagi :) ). Zaujatul Mahbubah (Isteri Yang Disayangi) - Insya Allah. Mujahidah Mukminah (Pejuang Yang beriman). Bintu Solehah (Anak Solehah) ....Subhanallah. (^_^)


Aku Cuma An-Nisaa Akhir Zaman
Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada

Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad

Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa 
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..

Sunday, 13 January 2013

SAHABAT SEJATI senantiasa di hati. SEIRING SEJALAN. SUSAH SENANG tatkala BAHAGIA dan SEDIH ♥# SAHABAT SEJATI KEKAL ABADI.
hehe....lg sekali test-test *^_*..ehem..ehem...



. my new blogger .

Assalamualaikum wbt .


hai .hai . test test  ^__^ . 
ehemmm . . nak test jew buat blog baru nie . 
okayy bye ^__^