Sunday 23 February 2014

Bangkitlah Mahasiswa !!

Aku hairan dengan mahasiswa.

Diperjuangnya kebebasan akademik,
tapi culas ke kelas pengajian,
malas ke majlis-majlis ilmu,
buku-buku berhabuk atas rak,
diskusi intelek jauh sekali,
kata perjuang kebebasan suara,
tapi dalam kelas senyap sunyi membatu?

Aku hairan dengan mahasiswa.

Dilaungnya 'good governance'
tapi diri sendiri kelam kabut tanpa arah tuju,
pengurusan diri serabut sekali,
penampilan diri tak diendah,
barang sendiri berterabur,
bilik macam kandang,
soal disiplin masa usah dicerita.

Aku hairan dengan mahasiswa.

Diperjuangnya kemajuan ekonomi negara,
tapi bila orang berniaga diperlekeh,
harta awam dirosakkan,
barangan tempatan tak disokong,
orang Islam nak cipta produk sendiri jauh sekali.

Aku hairan dengan mahasiswa.

Ditentangya pembaziran harta negara separuh mati,
tapi harta awam tak pandai berjimat,
suis lampu tak ditutup bila keluar bilik,
berwudhu macam nak mandi,
kipas dibiar berpusing tanpa makhluk berdekatan,
soal jihad ekonomi jauh panggang dari api nak bicara.

Aku hairan dengan mahasiswa.

Dilawannya penipuan dan penyelewengan,
integriti dan ketelusan lancar di mulut,
tapi waktu exam menipu sakan,
assignment diplagiat,
homework tak siap, kelentong lecturer.
Belum bicara kelembapan mahasiswa urus persatuan pelajar,
bukankah itu juga korupsi dan tidak amanah?

Aku hairan dengan mahasiswa.

Diteriaknya kebajikan rakyat sampai hilang suara,
tapi rakan sebilik kebuluran lansung tak endah,
rakan sekelas ketinggalan akademik lansung tak dibantu
sahabat berpersatuan sampai tak tidur lansung tak ditolong,
program volunteerism lansung tak dipandang,
sampah sebutir tengah jalan pun tak mampu dikutip

Aku hairan dengan mahasiswa,
bukan aku perlekeh mahasiswa,
kerana aku pun mahasiswa,
dan negara perlukan mahasiswa,
seperti mana pokok perlukan air.

Nota untuk diri sendiri.


cc:ustaz Hadi 

Moga Allah Redha 


Friday 7 February 2014

"Program Anak Angkat "

  Assalamu'alaikum warahmatullah ^^
Sobahul khair sahabat.. Alhamdulillah . Masih diberi peluang bernafas di muka bumi Allah  Rabbi yasir wala tuasir ..Haa entry kali nie nak cerite pasal "PROGRAM ANAK ANGKAT"pulak..amboii naziha sem nie banyak join program,,almaklum lah sem nie cuti banyak so nak habiskan masa dengan join program sebab tinggal dalam bilik sorang-sorang pon  buat apa kan .roomate2 semua balik kampung.asyik tidojew,,hehe..Memang hobi adalah tido,jangan marah erk.^_^ Kalau dapat tido walaupon 10 minit Allahu rasa macam nikmat tersangat-sangat.padahal dalam sehari kalau ada masa free tido jew memanjang apalah nak jadi dengan ana nie ..hehe.Xpa sekarang jew nanti-nanti tak buat dah heheh..*>.<*

ok dah tutup cerita pasal tido.kalau cerita pasal tido esok pon tak habis.Kita cerita pasal program anak angkat pulak.Program nie diadakan di Felda Rimba Mas (PERLIS).Anjuran kolej mahsuri yang berlangsung selama 3 HARI 2 MALAM,,macam pergi halleymoon gitu ..yang join program nie semua perempuan.So apa  tunggu lagi bermaharaja lela lah kaum-kaum hawa:P bebas nak wat aktiviti apa pon yang kita suka .Sampai dekat tempat tersebut bermula lah penagihan anak-anak angkat kepada keluarga angkat.


Allah telah menemukan ana dengan keluarga angkat yang "big family" :").Masuk-masuk rumah keluarga angkat tu riuh rendah hilang keluh kesah yang bermain di fikiran .Allahu .Keluarga yang sederhana tapi penuh dengan kebahgiaan.Mak dengan ayah angkat sangat-sangat baik, dilayan ana seperti anak sendiri (bersyukur di saat itu syahdu melanda diri).Yang tak boleh dilupakan mak angkat tu tahu ana suka "ikan pekasam "..haa apa lagii tinggal dekat rumah dia hari-hari ada hidangan ikan pekasam .ALLAH ALLAH,tahu apa yang ada dalam hati setiap hambanya .Mak memang terbaik (Y).Ana anggap mak angkat macam mak sendiri dah sebab first jumpa dan peluk mak angkat nie terubat rindu pada arwah mak yang tercinta ..Allahu Rabb !! rindu pada mak,rindu pelukan,rindu senyuman,rindu kata-kata semangat,rindu ciuman mak. Moga mak sentiasa bahagia di sana.Adik sentiasa mendoakan mak dan ayah ..IN SHA ALLAH akan ku pimpin kedua-dua permata hati ku iaitu mak dan ayah ke taman-taman syurga !


Setakat nie jew mampu bercerita moga Allah beri kekuatan untuk cerita lagi pasal nie..:"( dekat bawah nie ada sediakan tatapan yang sudi berkunjung di blog ana ..^_^ terima kasih awak-awak semua ..>3


   antara peserta dan keluarga angkat :") TERIMA KASIH SEMUA
ada rezeki kita jumpa lagi ..

 bergambar dengan adik-adik comel nama dia azim dengan fahim
adik azim dengan fahim nie super aktif daripada adik2 yang lain ..^_^
rindu kamu berdua >3
bersama adik-adik junior yang join program nie.
sporting habis :p

GET REDHA ALLAH :")

Thursday 6 February 2014

KEM INSPIRASI MAHASISWA ~(^__^)~

`Assalamua'alaikum warahmatullah~
Sobahal khoir,moga pagi isnin yang penuh barakah sentiasa dilimpahi rahmat kasih sayang mu ya Rabb!!..burung-burung di kolej mahsuri terbang bebas dengan siulan yang penuh keriangan..subhanaAllah Allah sebaik-baik perancang ^_^ ..Amboii panjang bebenor intro kome pagi  nie..almaklumlah dah dekat setengah abad  jari-jari  nie tak menari dalam blog nie..habuk dekat sekati..fuhhh~nampak tak dekat situ suka gebang ..hehehe..

selama setahun nie macam -macam berlaku dalam hidup ana ..tak kurang manisnya  dan tak lengkap kalau tak ada pahitnya..terlalu amat-amat-amat pahit..haa nampak kat situ petapa nak cerita pahitnya cabaran dunia ini..:P ofkos laa pahit tak kan nak senang jew kan nak berjalan pon kena bertatih dulu kena jatuh dulu baru boleh berlari."wink"..dah2 cerita pasal handle KEM INSPIRASI MAHASISWA anjuran kelab bahasa arab dengan slogannya "memartabatkan bahasa al quran" ceh gituu ayatnya..hehehe..

Kem nie 3 hari 2 malam yang dijalankan di Paya Pahlawan Resort (JITRA) Kedah..Orang Kedah kompom tau. :") .Seramai 35 orang peserta yang join kem nie dan urusetia 8 orang termasuk ana..urusetia la sangat kan!hahah..urus jew tapi xsetia pon..:P

meh -meh kitew nengok gambornye..*(~.~)*


haa nie ketua projek kem inspirasi mahasiswa "muka excited" :P
yang nie AJK lelaki yang dari kiri "syaheer,husni.shuhaimi
pilih2 yang mana berkenan heheh /^_^\

 antara aktiviti masa kem "rakit"

 nie pulak aktiviti "water confident" aktiviti nie menguji tahap keyakinan kita.
Bergambar bersama peserta dan ustaz Burhanuddin..ustaz yang paling hensem dalam gambor nie :")

HAAAA..so HABIS dah lew citew nya,,mintak maaf gambar2 yang dekat atas tu xsempat nak di "edit" sebenarnya ada banyak lagi gambar tapi apakan daya line broadband tak berapa nak colear hehe..

Moga Allah Redha 

Wednesday 17 April 2013

Niqab dan Perlaksanaannya..


Bismillahirrahmanirrahim.


Permasalahan niqab ini sudah dibahaskan terlebih dahulu oleh para ulama' dan ini hanyalah perkara furu' (cabang) di dalam agama, maka usahlah terus menerima parkongsian ini sebagai muktamat kerana ana bukanlah ahli dalam agama yang merujuk kepada semua pandangan ulama' sebaliknya ini adalah 'homework' ana sebelum dan selepas memakai niqab yang pastinya terlalu banyak kekurangan dari sisi pandang yang ana ambil dari kefahaman yang disampaikan oleh ulama'. Ana juga banyak meminta pandangan dari muslimat yang memakai niqab, pendapat dan pandangan mereka mengenai niqab ana usahakan untuk rangkumkan di dalam post ini. Biiznillah.

Aurat wanita yang disepakati oleh ulama' adalah seluruh tubuh badan wanita kecuali muka dan tapak tangan, hanya sebilangan (minoriti) ulama' sahaja yang menetapkan bahawa muka dan tapak tangan wanita adalah aurat yang wajib untuk ditutup di hadapan ajnabi (lelaki asing - bukan mahram, atau dalam erti kata lain lelaki yang halal untuk dikahwini).

"Benarkah wanita yang berniqab di dunia ini, di akhirat kelak di saat manusia lain menunggu untuk melihat wajah Allah, Allah datang kepada wanita berniqab?"

Mereka mengatakan ini adalah hadith, ana ingin jelaskan di sini ana tidak pernah berjumpa dengan hadith sebegini dan setelah meminta penjelasan dari ustaz  , beliau mengatakan ia adalah hadith rekaan (hadith palsu) semata-mata. Sangat mudah untuk 'mengenal pasti' hadith palsu antara cirinya ialah "buat perkara kecil dapat manfaat besar sangat, tak logik."Sekiranya hadith ini adalah sohih, maka tidak akan berlaku perselisihan di kalangan ulama'.

Jadi, apabila memakai niqab janganlah kerana merasa Allah akan berjumpa dengan muslimah yang berniqab di dunia. Allah, siapalah kita di pandangan Allah untuk mengharapkan sesuatu yang terlalu besar tersebut meskipun kita sangat mengidamkan perkara tersebut. Kembalikan niat untuk melakukan sesuatu bagi mendapatkan keredhaan Allah semata-mata.

"Apakah hukum memakai niqab?"

Hanya sebilangan minoriti ulama' sahaja mewajibkan wanita memakai niqab bersandarkan kepada dalil "Wanita adalah aurat"

Ia tidak berlaku secara mutlak. Kerana tidak mungkin seseorang boleh menampakkan
auratnya di dalam solat. Bagi mereka yang berpendapat bahawa wajah wanita itu aurat adalah minoriti ulama. Sedangkan yang berpendapat bahawa wajah bukan aurat adalah majoriti ulama (jumhur).

Hadith diatas, yang berbunyi.

"Wanita adalah aurat, jika dia keluar maka syaitan memperindahkannya."

Hadith ini tidak boleh diertikan secara mutlak. Ini kerana ada kaedah yang berbunyi :

"Dalil umum yang mengandungi banyak cabang hukum, dimana cabang-cabang hukum itu tidak boleh diamalkan berdasarkan dalil umum tersebut, maka kita tidak boleh berhujah dengan dalil umum tersebut untuk menentukan cabang-cabang hukum tadi."

Misalnya : Orang-orang yang menganggap bahawa bid'ah-bid'ah itu baik adalah berdasarkan dalil yang sifatnya umum. Contoh : Di negeri-negeri Islam seperti Mesir, Syria, Jordan dan lain-lain… ramai orang yang membaca selawat ketika memulai azan. Mereka melakukan ini berdasarkan dalil yang sangat umum iaitu firman Allah.

"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." [Al-Ahzaab : 56]

Dan dalil-dalil lain yang menjelaskan keutamaan selawat kepada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam yang merupakan dalil-dalil umum (yang tidak boleh dijadikan hujjah dalam azan yang menggunakan selawat, kerana ia memerlukan dalil khusus, wallahu a'lam.)

Mewajibkan wanita menutup wajah. Berdasarkan hadith : "Wanita adalah aurat", adalah sama dengan keadaan di atas. Ini kerana wanita (sahabiyah) ketika melaksanakan solat mereka umumnya membuka wajah. Demikian pula ketika mereka pulang dari masjid, sebahagian mereka menutupi wajah, dan sebahagian yang lain masih membuka wajah.

Oleh yang demikian hadith diatas (wanita adalah aurat), tidak termasuk wajah dan tapak tangan. Prinsip ini tidak pernah bertentangan dengan praktik orang-orang salaf (para sahabat).

"Adakah para wanita (sahabiyah) memakai niqab?"

Hadith Ibnu Abbas menjelaskan bahawa wajah dan kedua tapak tangan bukan termasuk aurat, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam Kitab Al-Mushannaf.

Pendapat ini bukanlah hal yang baru. Para ulama dari kalangan Salafussoleh dan para ahli tafsir seperti Ibnu Jarir At-Thabari dan lain-lain mengatakan bahawa wajah bukan termasuk aurat tetapi menutupnya lebih utama.

Sebahagian daripada mereka berdalil tentang wajibnya menutup wajah bagi wanita dengan kaedah.

"Mencegah kerosakan didahulukan daripada mengambil kemanfaatan."

Memang kaedah ini bukan bid'ah tetapi sesuatu yang berdasarkan syariat. Sedangkan orang yang pertama menerima syariat adalah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam. Kemudian orang-orang yang menerima syariat ini daripada beliau adalah para sahabat. Para sahabat tentu sudah memahami kaedah ini, walaupun mereka belum menyusunnya dengan tingkatan ilmu usul feqh seperti di atas.

Di dalam kitab Hijaab Al-Mar'aatul Muslimah yang dikarang oleh Syeikh Nasiruddin Albani mengenai kisah seorang wanita Khats'amiyyah yang dipandang oleh Fadhl bin 'Abbas ketika Fadhl sedang dibonceng oleh Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, wanita itupun melihat Fadhl. Dia adalah seorang yang tampan dan wanita itupun seorang yang cantik. Kecantikan wanita ini tidak mungkin boleh diketahui jika wanita itu menutup wajahnya dan Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam ketika itu memalingkan wajah Fadhl ke arah lain. Yang demikian ini menunjukkan bahawa wanita tadi membuka wajahnya.

Sebahagian mereka mengatakan bahawa wanita tadi di dalam keadaan berihram, boleh baginya membuka wajah sedangkan tidak ada tanda-tanda sedikitpun bahawa wanita tadi sedang berihram. Syeikh telah mentarjih (menguatkan) dalam kitab tersebut bahawa wanita itu berada dalam keadaan setelah melempar jamrah, iaitu setelah tahallul awal.

"Dan seandainya wanita tadi memang benar sedang berihram, mengapa Rasulullah tidak menerapkan kaedah di atas, iaitu kaedah mencegah kerosakan?!"

Syeikh berpandangan seorang lelaki terhadap wajah wanita tidak ada bezanya dengan pandangan seorang wanita terhadap wajah lelaki dari segi syariat dan dari segi tabiat manusia.

Oleh sebab itu Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman. "Hendaklah mereka menahan pandangannya," [An-Nuur : 30]

Maksudnya daripada (memandang) wanita.

Dan Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Dan katakanlah kepada wanita yang beriman. "Hendaklah mereka menahan pandangannya," [An-Nuur : 31]

Maksudnya iaitu jangan memandang seorang lelaki.

Kedua ayat diatas mengandungi hukum yang sama. Ayat pertama memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah wanita dan ayat kedua memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah lelaki.

Sebagaimana kita tahu pada ayat kedua tidak memerintahkan seorang lelaki untuk menutup (wajahnya). Demikian pula ayat pertama tidak memerintahkan seorang wanita untuk menutup wajah.

Kedua ayat di atas secara jelas menyatakan bahawa di zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam ada sesuatu yang biasa terbuka dan boleh dilihat iaitu wajah. Maka Allah, Si Pembuat syariat dan Yang Maha Bijaksana memerintahkan kepada kedua jenis menusia (lelaki dan perempuan) untuk menundukkan pandangan masing-masing.

Secara Umumnya :

Syeikh di dalam kitabnya mengatakan beliau tidak pasti di kalangan sahabat ada yang mewajibkan wanita memakai niqab. Tetapi lebih utama dan lebih mulia bagi wanita untuk menutup wajah. Adapun mewajibkan sesuatu wajib berdasarkan hukum yang jelas di dalam syariat. Tidak boleh mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan Allah.

Oleh kerana itu Syeikh telah membuat satu bab khusus di dalam kitab Hijabul Mar'aatul Muslimah, untuk membantah orang yang menganggap bahawa menutup wajah wanita adalah bid'ah. Beliau telah jelaskan bahawa hal ini (menutup wajah) adalah lebih utama bagi wanita.

Pada pendapat Imam at-Tohawi dari mazhab Hanafi berkata:

"Ditegah wanita muda mendedahkan muka kerana ditakuti fitnah, bukan kerana ianya aurat."

Menutup muka kerana timbulnya fitnah

Para ulama empat mazhab bersepakat bahwa wajib wanita menutup mukanya kerana takut fitnah dan berlakunya keburukan.

Imam Kauthari r.a. berkata:

"Pendapat ulama yang mengharuskan menunjukkan muka adalah sekiranya tidak timbulnya fitnah."

"Saya nak pakai niqab tapi ibubapa tak benarkan, apakah saya boleh memakai niqab tanpa pengetahuan ibubapa saya?"

Sekali lagi dijelaskan bahawa memakai niqab bukanlah wajib tetapi lebih baik (mulia) untuk wanita, manakala mentaati kedua ibubapa adalah wajib bagi seorang anak perempuan sebelum berkahwin. Maka, menurut kehendak ibubapa untuk tidak berniqab adalah lebih baik kepada wanita yang belum berkahwin ini adalah kerana kita perlu mendahulukan perkara yang wajib berbanding yang sunat. Sekiranya tiada keperluan untuk keluar dari tempat tinggal, maka tidak perlu untuk keluar di khalayak ramai. Ini adalah lebih baik dan selamat untuk wanita.

"Saya memakai niqab tetapi tidak semua tempat membolehkan saya memakai niqab. Contohnya di tempat kerja atau sekolah, sama sekali tidak membenarkan saya memakai niqab. Saya teringin untuk istiqamah berniqab tetapi keadaan tidak membenarkan saya melakukan demikian."

Secara umumnya tidak timbul isu 'istiqamah atau tidak' dalam memakai niqab kerana permasalahan mengenai sesuatu hukum boleh berubah mengikut keadaan kepada wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Satu situasi, seorang muslimah boleh berubah menjadi wajib memakai niqab sekiranya memiliki rupa paras yang menarik perhatian lelaki dan boleh jadi situasi yang lain seorang wanita hanya sunat memakai niqab untuk mengikuti sunnah para isteri Rasulullah.

Kesimpulan: Ini adalah perkara yang khilaf dikalangan ulama. Kita hendaklah terbuka dalam masalah khilaf yang kuat dikalangan ulama'.

Seorang kakak yang sangat ana hormati dalam pendapatnya menerangkan bahawa niqab bukan sekadar menghijab wajah dari pandangan lelaki tetapi niqab juga adalah sebagai benteng untuk menjauhkan diri dari maksiat, apabila menutup mulut ia adalah satu nasihat kepada diri sendiri untuk menghindari mengumpat, mencela dan menggunakan perkataan yang tidak sopan. Seorang muslimat lainnya menjadikan niqab sebagai satu motivasi untuk sentiasa menjaga solat, tidak melewat-lewatkan solat lantaran imej muslimah yang dibawanya telah merubah peribadinya ke arah yang lebih baik. Masya Allah :)

"Bagaimana kamu makan di khalayak ramai?"

Terpulang kepada jenis niqab yang dipakai. Ada muslimah yang berniqab sentiasa membawa niqab simpanan di dalam tas tangan, sekiranya makan makanan yang berkuah (seperti laksa, tomyam dsb) dan niqabnya kotor maka mudah untuk menukar niqab. Ada yang selesa makan di tempat yang tersorok dari pandangan umum, maka mudah untuknya membuka niqab di hadapan keluarga semasa makan di luar.

Niqab juga berbeza, ada yang memakai niqab butang atau jarum peniti di luar tudung maka apabila makan mudah untuk membuka niqab di tempat tersorok. Ada muslimah yang memakai niqab bergetah, maka hanya turunkan niqab di bawah dagu untuk makan di tempat tersorok. Sebahagian lagi memakai niqab hitam (seperti arab) yang diikat di belakang kepala, maka, mereka akan menyelaknya dari bawah niqab dan makan seperti biasa :)


Sangat terharu dengan kata-kata seorang kakak.

"Alangkah indahnya andai daulah islamiyyah tertegak, tidaklah orang yang berniqab kelihatan pelik."

Indahnya ummat Islam itu bukan kerana dia adalah seorang Muslim tetapi yang mengindahkan ummat Islam adalah pelaksanaan syariat Islam di dalam kehidupannya.

Wallahua'lam.

~Jujur saya kata kan..NIQOB itu TARBIAH~
tranformasi diri
Nazihah Hashim>3
                                                                              T_T

Moga Allah Redha..

Tuesday 16 April 2013

Antara Aku Dn Dia !!


Kali ni aku nak kongsikan tentang KEKASIH aku? (aku taip huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya. Betul ni.. tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Pasti akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA -> direct! Pergghh !!

Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah...KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni... tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan?

DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat & contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke... spiritual ke... emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi contoh lagi nak suruh aku faham.

Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giler la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje. Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun.

Cuma aku je yang jeles dengan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta dekat DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih ~what you give, you get back~

So, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat.

Perfect!! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya... millionaire... billionaire...dan entah apa-apa naire lagi... tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support... percaya tak? Romantikkan kami ? 
J

Free of charge... tapi aku tak sedap hati la... mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la.. .pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja... cheewah!

DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius dan lain-lain...DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.

Malu la sebenarnya nak cakap ni...

Emm... aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la... tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal.

Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, jadi, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!

Ish! Rindu sangat dah ni!

Kekasih.. Aku berjanji, aku akan pertahankan cinta suci ini..
Walau nyawa digalang ganti, menggadaikan cinta teragung ini..
Tidak sama sekali..
Walaupun tak pernah berjumpa, aku tetap bahagia..
Itulah kekasihku.. Allah SWT.. cinta teragungku!

nahh !! ":)

Assalamua'laikum warahmatullah..":).
Aikk..jawab dlu salam tuu hehe..nak masuk rumah orang kan,macam tu jugak dengan blog..:p jangan serbu jew tau...T_T..Dah solat belum..??.kalau belum pergi solat dlu yer awop...^_^..xpew2 blog ana xlari..hehe..ok kalau dah... jemput2,sila2 tgk2 blog yang xseberapa nie.
Kalau yang baik ambik sebagai teladan..klau yang kurang baik jadikan sebagai pengajaran..sbb apa ana cakap macam tuu..??..answer nyer..(kluar bahasa owangputeh lak..).*abaikan*..sbb yang baik itu datang dari Allah dan yang kurang baik itu datang dari Allah tapi bersandarkan kepada diri ana sendiri..":)

haaa...ada sahabat ana nie beria-ria suruh ana ceqita pasal dia.."nanti tulis pasal A_ _ _ _ plak tauu" pastu ana cakap xda gmbor mcm mna nak tulis..hehe (bg alasan :P).."xpew xdak gmbq pon xpa" excited benor dia..hehe..haa..nnt klau baca entry nie faham2 la awop yer..:P
     ermm..xda ap nak ceqita..heehe...tp yg nie jew mampu untuk tulis :')

~Jangan engkau mudah rebah jika ingin berubah kearah yang baik,dan jangan engkau takut untuk jadi yang lebih baik.Bersabarlah dalam melakukan perubahan kerana pada penghujungnya engkau bertemu dengan kemanisan yang selama ini engkau tidak penah rasai."Baginda pernah bersabda:Sesiapa  yang selalu menbiasakan dirinya untuk bersabar maka Allah akan membuatnya menjadi penyabar".

Seorang pujangga bermadah
Engkau merangkak mencari mulia
dan orang2 yang mencarinya berusaha sepenuh jiwa menempuh keletihan.
Mereka mengejar mulia hingga banyak yang jemu yang akan menemukakan hanya yang bersungguh2 dan sabar..Kemuliaan itu tidak akan tercapai melalui impian2 dalam tidur.Kemuliaan hanya dapat diapai dengan azam yang besar dan kerja kuat.

^____^

moga Allah redha. :")



Redha-Mu

Bismillahirahmanirahim :')
Alhamdulilah,Alhamdulilah,Alhamdulilah Allah masih memanjangkan usia untuk mengabdikan diri kepada-Mu..Syukran,thanks you,xie xie ya Rabb.^___^..Dengan sedikit ilmu jari jemari ini dapat menari-nari atas keyboard nie..:"),,menari-nari tulis ap???..in sha Allah akan menyampaikan dakwah-Mu..
ermmmm...nak tulis apa erk kali nie..??.haaa,,nak story2 pasal *Redha.*..Nak bersajak kejap yer..(almaklumlah bakat terpendam la katakan :P)

Izinkan Kulamar Redha -MU

Tuhanku..
Bagaimana  mampu untuk kuungkapkan 
Apakah kata2 yang bisa kuabadikan
Sedangkan di setiap pandangan dan degup nafasku
Aku mencari-cari di manakah ilham yang bisa kucoretkan

Tuhanku..
Sering kali aku bertanya 
Apakah mampu untukku menjadi hamba-Mu yang baik??
Sedangkan terlalu banyak khilaf dan kelemahan ku
Semuanya tidak pernah terlepas daripada pandangan-Mu

Tuhanku..
Telah  kusingkap tirai hati ini
Mahu benar mengintai tabir keagungan-Mu
Ingin sekali aku melamar keampunan-Mu
Namun apa yang kurasa hanya rasa malu
kepada-Mu.

Tuhanku..
Bukakanlah mata kalbuku ini
Dakapkanlah aku dalam pelukan kasih sayang-Mu
Walaupun kutahu sukar untukku meraih redha-Mu
Namun,izinkan aku untuk terus mengharapkannya
Demi rasa cintaku kepada-Mu..

Tuhanku 
Jiwa ini dalam genggaman kekuasaan-Mu
Sering kali diusik rindu yang azali
Kuingin katakan bahawa akan kan terus mengharap cinta dan redha-Mu,,



":)

Moga Allah Redha........