Wednesday 17 April 2013

Niqab dan Perlaksanaannya..


Bismillahirrahmanirrahim.


Permasalahan niqab ini sudah dibahaskan terlebih dahulu oleh para ulama' dan ini hanyalah perkara furu' (cabang) di dalam agama, maka usahlah terus menerima parkongsian ini sebagai muktamat kerana ana bukanlah ahli dalam agama yang merujuk kepada semua pandangan ulama' sebaliknya ini adalah 'homework' ana sebelum dan selepas memakai niqab yang pastinya terlalu banyak kekurangan dari sisi pandang yang ana ambil dari kefahaman yang disampaikan oleh ulama'. Ana juga banyak meminta pandangan dari muslimat yang memakai niqab, pendapat dan pandangan mereka mengenai niqab ana usahakan untuk rangkumkan di dalam post ini. Biiznillah.

Aurat wanita yang disepakati oleh ulama' adalah seluruh tubuh badan wanita kecuali muka dan tapak tangan, hanya sebilangan (minoriti) ulama' sahaja yang menetapkan bahawa muka dan tapak tangan wanita adalah aurat yang wajib untuk ditutup di hadapan ajnabi (lelaki asing - bukan mahram, atau dalam erti kata lain lelaki yang halal untuk dikahwini).

"Benarkah wanita yang berniqab di dunia ini, di akhirat kelak di saat manusia lain menunggu untuk melihat wajah Allah, Allah datang kepada wanita berniqab?"

Mereka mengatakan ini adalah hadith, ana ingin jelaskan di sini ana tidak pernah berjumpa dengan hadith sebegini dan setelah meminta penjelasan dari ustaz  , beliau mengatakan ia adalah hadith rekaan (hadith palsu) semata-mata. Sangat mudah untuk 'mengenal pasti' hadith palsu antara cirinya ialah "buat perkara kecil dapat manfaat besar sangat, tak logik."Sekiranya hadith ini adalah sohih, maka tidak akan berlaku perselisihan di kalangan ulama'.

Jadi, apabila memakai niqab janganlah kerana merasa Allah akan berjumpa dengan muslimah yang berniqab di dunia. Allah, siapalah kita di pandangan Allah untuk mengharapkan sesuatu yang terlalu besar tersebut meskipun kita sangat mengidamkan perkara tersebut. Kembalikan niat untuk melakukan sesuatu bagi mendapatkan keredhaan Allah semata-mata.

"Apakah hukum memakai niqab?"

Hanya sebilangan minoriti ulama' sahaja mewajibkan wanita memakai niqab bersandarkan kepada dalil "Wanita adalah aurat"

Ia tidak berlaku secara mutlak. Kerana tidak mungkin seseorang boleh menampakkan
auratnya di dalam solat. Bagi mereka yang berpendapat bahawa wajah wanita itu aurat adalah minoriti ulama. Sedangkan yang berpendapat bahawa wajah bukan aurat adalah majoriti ulama (jumhur).

Hadith diatas, yang berbunyi.

"Wanita adalah aurat, jika dia keluar maka syaitan memperindahkannya."

Hadith ini tidak boleh diertikan secara mutlak. Ini kerana ada kaedah yang berbunyi :

"Dalil umum yang mengandungi banyak cabang hukum, dimana cabang-cabang hukum itu tidak boleh diamalkan berdasarkan dalil umum tersebut, maka kita tidak boleh berhujah dengan dalil umum tersebut untuk menentukan cabang-cabang hukum tadi."

Misalnya : Orang-orang yang menganggap bahawa bid'ah-bid'ah itu baik adalah berdasarkan dalil yang sifatnya umum. Contoh : Di negeri-negeri Islam seperti Mesir, Syria, Jordan dan lain-lain… ramai orang yang membaca selawat ketika memulai azan. Mereka melakukan ini berdasarkan dalil yang sangat umum iaitu firman Allah.

"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." [Al-Ahzaab : 56]

Dan dalil-dalil lain yang menjelaskan keutamaan selawat kepada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam yang merupakan dalil-dalil umum (yang tidak boleh dijadikan hujjah dalam azan yang menggunakan selawat, kerana ia memerlukan dalil khusus, wallahu a'lam.)

Mewajibkan wanita menutup wajah. Berdasarkan hadith : "Wanita adalah aurat", adalah sama dengan keadaan di atas. Ini kerana wanita (sahabiyah) ketika melaksanakan solat mereka umumnya membuka wajah. Demikian pula ketika mereka pulang dari masjid, sebahagian mereka menutupi wajah, dan sebahagian yang lain masih membuka wajah.

Oleh yang demikian hadith diatas (wanita adalah aurat), tidak termasuk wajah dan tapak tangan. Prinsip ini tidak pernah bertentangan dengan praktik orang-orang salaf (para sahabat).

"Adakah para wanita (sahabiyah) memakai niqab?"

Hadith Ibnu Abbas menjelaskan bahawa wajah dan kedua tapak tangan bukan termasuk aurat, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam Kitab Al-Mushannaf.

Pendapat ini bukanlah hal yang baru. Para ulama dari kalangan Salafussoleh dan para ahli tafsir seperti Ibnu Jarir At-Thabari dan lain-lain mengatakan bahawa wajah bukan termasuk aurat tetapi menutupnya lebih utama.

Sebahagian daripada mereka berdalil tentang wajibnya menutup wajah bagi wanita dengan kaedah.

"Mencegah kerosakan didahulukan daripada mengambil kemanfaatan."

Memang kaedah ini bukan bid'ah tetapi sesuatu yang berdasarkan syariat. Sedangkan orang yang pertama menerima syariat adalah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam. Kemudian orang-orang yang menerima syariat ini daripada beliau adalah para sahabat. Para sahabat tentu sudah memahami kaedah ini, walaupun mereka belum menyusunnya dengan tingkatan ilmu usul feqh seperti di atas.

Di dalam kitab Hijaab Al-Mar'aatul Muslimah yang dikarang oleh Syeikh Nasiruddin Albani mengenai kisah seorang wanita Khats'amiyyah yang dipandang oleh Fadhl bin 'Abbas ketika Fadhl sedang dibonceng oleh Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, wanita itupun melihat Fadhl. Dia adalah seorang yang tampan dan wanita itupun seorang yang cantik. Kecantikan wanita ini tidak mungkin boleh diketahui jika wanita itu menutup wajahnya dan Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam ketika itu memalingkan wajah Fadhl ke arah lain. Yang demikian ini menunjukkan bahawa wanita tadi membuka wajahnya.

Sebahagian mereka mengatakan bahawa wanita tadi di dalam keadaan berihram, boleh baginya membuka wajah sedangkan tidak ada tanda-tanda sedikitpun bahawa wanita tadi sedang berihram. Syeikh telah mentarjih (menguatkan) dalam kitab tersebut bahawa wanita itu berada dalam keadaan setelah melempar jamrah, iaitu setelah tahallul awal.

"Dan seandainya wanita tadi memang benar sedang berihram, mengapa Rasulullah tidak menerapkan kaedah di atas, iaitu kaedah mencegah kerosakan?!"

Syeikh berpandangan seorang lelaki terhadap wajah wanita tidak ada bezanya dengan pandangan seorang wanita terhadap wajah lelaki dari segi syariat dan dari segi tabiat manusia.

Oleh sebab itu Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman. "Hendaklah mereka menahan pandangannya," [An-Nuur : 30]

Maksudnya daripada (memandang) wanita.

Dan Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Dan katakanlah kepada wanita yang beriman. "Hendaklah mereka menahan pandangannya," [An-Nuur : 31]

Maksudnya iaitu jangan memandang seorang lelaki.

Kedua ayat diatas mengandungi hukum yang sama. Ayat pertama memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah wanita dan ayat kedua memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah lelaki.

Sebagaimana kita tahu pada ayat kedua tidak memerintahkan seorang lelaki untuk menutup (wajahnya). Demikian pula ayat pertama tidak memerintahkan seorang wanita untuk menutup wajah.

Kedua ayat di atas secara jelas menyatakan bahawa di zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam ada sesuatu yang biasa terbuka dan boleh dilihat iaitu wajah. Maka Allah, Si Pembuat syariat dan Yang Maha Bijaksana memerintahkan kepada kedua jenis menusia (lelaki dan perempuan) untuk menundukkan pandangan masing-masing.

Secara Umumnya :

Syeikh di dalam kitabnya mengatakan beliau tidak pasti di kalangan sahabat ada yang mewajibkan wanita memakai niqab. Tetapi lebih utama dan lebih mulia bagi wanita untuk menutup wajah. Adapun mewajibkan sesuatu wajib berdasarkan hukum yang jelas di dalam syariat. Tidak boleh mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan Allah.

Oleh kerana itu Syeikh telah membuat satu bab khusus di dalam kitab Hijabul Mar'aatul Muslimah, untuk membantah orang yang menganggap bahawa menutup wajah wanita adalah bid'ah. Beliau telah jelaskan bahawa hal ini (menutup wajah) adalah lebih utama bagi wanita.

Pada pendapat Imam at-Tohawi dari mazhab Hanafi berkata:

"Ditegah wanita muda mendedahkan muka kerana ditakuti fitnah, bukan kerana ianya aurat."

Menutup muka kerana timbulnya fitnah

Para ulama empat mazhab bersepakat bahwa wajib wanita menutup mukanya kerana takut fitnah dan berlakunya keburukan.

Imam Kauthari r.a. berkata:

"Pendapat ulama yang mengharuskan menunjukkan muka adalah sekiranya tidak timbulnya fitnah."

"Saya nak pakai niqab tapi ibubapa tak benarkan, apakah saya boleh memakai niqab tanpa pengetahuan ibubapa saya?"

Sekali lagi dijelaskan bahawa memakai niqab bukanlah wajib tetapi lebih baik (mulia) untuk wanita, manakala mentaati kedua ibubapa adalah wajib bagi seorang anak perempuan sebelum berkahwin. Maka, menurut kehendak ibubapa untuk tidak berniqab adalah lebih baik kepada wanita yang belum berkahwin ini adalah kerana kita perlu mendahulukan perkara yang wajib berbanding yang sunat. Sekiranya tiada keperluan untuk keluar dari tempat tinggal, maka tidak perlu untuk keluar di khalayak ramai. Ini adalah lebih baik dan selamat untuk wanita.

"Saya memakai niqab tetapi tidak semua tempat membolehkan saya memakai niqab. Contohnya di tempat kerja atau sekolah, sama sekali tidak membenarkan saya memakai niqab. Saya teringin untuk istiqamah berniqab tetapi keadaan tidak membenarkan saya melakukan demikian."

Secara umumnya tidak timbul isu 'istiqamah atau tidak' dalam memakai niqab kerana permasalahan mengenai sesuatu hukum boleh berubah mengikut keadaan kepada wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Satu situasi, seorang muslimah boleh berubah menjadi wajib memakai niqab sekiranya memiliki rupa paras yang menarik perhatian lelaki dan boleh jadi situasi yang lain seorang wanita hanya sunat memakai niqab untuk mengikuti sunnah para isteri Rasulullah.

Kesimpulan: Ini adalah perkara yang khilaf dikalangan ulama. Kita hendaklah terbuka dalam masalah khilaf yang kuat dikalangan ulama'.

Seorang kakak yang sangat ana hormati dalam pendapatnya menerangkan bahawa niqab bukan sekadar menghijab wajah dari pandangan lelaki tetapi niqab juga adalah sebagai benteng untuk menjauhkan diri dari maksiat, apabila menutup mulut ia adalah satu nasihat kepada diri sendiri untuk menghindari mengumpat, mencela dan menggunakan perkataan yang tidak sopan. Seorang muslimat lainnya menjadikan niqab sebagai satu motivasi untuk sentiasa menjaga solat, tidak melewat-lewatkan solat lantaran imej muslimah yang dibawanya telah merubah peribadinya ke arah yang lebih baik. Masya Allah :)

"Bagaimana kamu makan di khalayak ramai?"

Terpulang kepada jenis niqab yang dipakai. Ada muslimah yang berniqab sentiasa membawa niqab simpanan di dalam tas tangan, sekiranya makan makanan yang berkuah (seperti laksa, tomyam dsb) dan niqabnya kotor maka mudah untuk menukar niqab. Ada yang selesa makan di tempat yang tersorok dari pandangan umum, maka mudah untuknya membuka niqab di hadapan keluarga semasa makan di luar.

Niqab juga berbeza, ada yang memakai niqab butang atau jarum peniti di luar tudung maka apabila makan mudah untuk membuka niqab di tempat tersorok. Ada muslimah yang memakai niqab bergetah, maka hanya turunkan niqab di bawah dagu untuk makan di tempat tersorok. Sebahagian lagi memakai niqab hitam (seperti arab) yang diikat di belakang kepala, maka, mereka akan menyelaknya dari bawah niqab dan makan seperti biasa :)


Sangat terharu dengan kata-kata seorang kakak.

"Alangkah indahnya andai daulah islamiyyah tertegak, tidaklah orang yang berniqab kelihatan pelik."

Indahnya ummat Islam itu bukan kerana dia adalah seorang Muslim tetapi yang mengindahkan ummat Islam adalah pelaksanaan syariat Islam di dalam kehidupannya.

Wallahua'lam.

~Jujur saya kata kan..NIQOB itu TARBIAH~
tranformasi diri
Nazihah Hashim>3
                                                                              T_T

Moga Allah Redha..

Tuesday 16 April 2013

Antara Aku Dn Dia !!


Kali ni aku nak kongsikan tentang KEKASIH aku? (aku taip huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya. Betul ni.. tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Pasti akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA -> direct! Pergghh !!

Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah...KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni... tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan?

DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat & contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke... spiritual ke... emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi contoh lagi nak suruh aku faham.

Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giler la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje. Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun.

Cuma aku je yang jeles dengan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta dekat DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih ~what you give, you get back~

So, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat.

Perfect!! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya... millionaire... billionaire...dan entah apa-apa naire lagi... tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support... percaya tak? Romantikkan kami ? 
J

Free of charge... tapi aku tak sedap hati la... mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la.. .pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja... cheewah!

DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius dan lain-lain...DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.

Malu la sebenarnya nak cakap ni...

Emm... aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la... tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal.

Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, jadi, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!

Ish! Rindu sangat dah ni!

Kekasih.. Aku berjanji, aku akan pertahankan cinta suci ini..
Walau nyawa digalang ganti, menggadaikan cinta teragung ini..
Tidak sama sekali..
Walaupun tak pernah berjumpa, aku tetap bahagia..
Itulah kekasihku.. Allah SWT.. cinta teragungku!

nahh !! ":)

Assalamua'laikum warahmatullah..":).
Aikk..jawab dlu salam tuu hehe..nak masuk rumah orang kan,macam tu jugak dengan blog..:p jangan serbu jew tau...T_T..Dah solat belum..??.kalau belum pergi solat dlu yer awop...^_^..xpew2 blog ana xlari..hehe..ok kalau dah... jemput2,sila2 tgk2 blog yang xseberapa nie.
Kalau yang baik ambik sebagai teladan..klau yang kurang baik jadikan sebagai pengajaran..sbb apa ana cakap macam tuu..??..answer nyer..(kluar bahasa owangputeh lak..).*abaikan*..sbb yang baik itu datang dari Allah dan yang kurang baik itu datang dari Allah tapi bersandarkan kepada diri ana sendiri..":)

haaa...ada sahabat ana nie beria-ria suruh ana ceqita pasal dia.."nanti tulis pasal A_ _ _ _ plak tauu" pastu ana cakap xda gmbor mcm mna nak tulis..hehe (bg alasan :P).."xpew xdak gmbq pon xpa" excited benor dia..hehe..haa..nnt klau baca entry nie faham2 la awop yer..:P
     ermm..xda ap nak ceqita..heehe...tp yg nie jew mampu untuk tulis :')

~Jangan engkau mudah rebah jika ingin berubah kearah yang baik,dan jangan engkau takut untuk jadi yang lebih baik.Bersabarlah dalam melakukan perubahan kerana pada penghujungnya engkau bertemu dengan kemanisan yang selama ini engkau tidak penah rasai."Baginda pernah bersabda:Sesiapa  yang selalu menbiasakan dirinya untuk bersabar maka Allah akan membuatnya menjadi penyabar".

Seorang pujangga bermadah
Engkau merangkak mencari mulia
dan orang2 yang mencarinya berusaha sepenuh jiwa menempuh keletihan.
Mereka mengejar mulia hingga banyak yang jemu yang akan menemukakan hanya yang bersungguh2 dan sabar..Kemuliaan itu tidak akan tercapai melalui impian2 dalam tidur.Kemuliaan hanya dapat diapai dengan azam yang besar dan kerja kuat.

^____^

moga Allah redha. :")



Redha-Mu

Bismillahirahmanirahim :')
Alhamdulilah,Alhamdulilah,Alhamdulilah Allah masih memanjangkan usia untuk mengabdikan diri kepada-Mu..Syukran,thanks you,xie xie ya Rabb.^___^..Dengan sedikit ilmu jari jemari ini dapat menari-nari atas keyboard nie..:"),,menari-nari tulis ap???..in sha Allah akan menyampaikan dakwah-Mu..
ermmmm...nak tulis apa erk kali nie..??.haaa,,nak story2 pasal *Redha.*..Nak bersajak kejap yer..(almaklumlah bakat terpendam la katakan :P)

Izinkan Kulamar Redha -MU

Tuhanku..
Bagaimana  mampu untuk kuungkapkan 
Apakah kata2 yang bisa kuabadikan
Sedangkan di setiap pandangan dan degup nafasku
Aku mencari-cari di manakah ilham yang bisa kucoretkan

Tuhanku..
Sering kali aku bertanya 
Apakah mampu untukku menjadi hamba-Mu yang baik??
Sedangkan terlalu banyak khilaf dan kelemahan ku
Semuanya tidak pernah terlepas daripada pandangan-Mu

Tuhanku..
Telah  kusingkap tirai hati ini
Mahu benar mengintai tabir keagungan-Mu
Ingin sekali aku melamar keampunan-Mu
Namun apa yang kurasa hanya rasa malu
kepada-Mu.

Tuhanku..
Bukakanlah mata kalbuku ini
Dakapkanlah aku dalam pelukan kasih sayang-Mu
Walaupun kutahu sukar untukku meraih redha-Mu
Namun,izinkan aku untuk terus mengharapkannya
Demi rasa cintaku kepada-Mu..

Tuhanku 
Jiwa ini dalam genggaman kekuasaan-Mu
Sering kali diusik rindu yang azali
Kuingin katakan bahawa akan kan terus mengharap cinta dan redha-Mu,,



":)

Moga Allah Redha........

Thursday 28 March 2013

Ambik angin ~~

Assalamua'laikum w.b,t :")

alhamdulilah malam yang penuh keheningan dan kerahmatan dapat jgak meng'update blog yang xseberapa nie..aik labah-labah dah buat sarang kew..":P..hehe..almaklumlah busy la katakan..dah nk dekat final exam dah...doakan ana yer moga sukses dunia n akhirat,,,moga Allah redha..;")..wink-wink
haa..ana nak story2 skit pasal sekian lama xmeng'update..
  sblm study week sempat lagi ana pergi pantai..melihat keindahan,kekuasaan,kecantikan alam,yang meliputi langit dan bumi,subhanaAllah hebat,:')..
kami keluar lepas asar,,solat siap2 dekat bilik pas2 bru keluar,jangan lupa solat perlu diutamakan walau sesibuk mna pon...haa..lagi satu jangan lupa menitik beratkan tentang pakaian,sebelum keluar tengok pakaian yang kita pakai..pastu tanya balik dalam diri kita "adakah Allah redha dengan apa yang kita pakai"..lpas dah check.. tgok atas bawah..bru kluar yer awop2..hehe..*macam makcik2 plok*..hehe
pantai nya tak la jauh sangat..tp nek keta jgak la..klau jalan kaki pagi esoknya bru sampai...
k.lah malas nak ceqita panjang2...tgk gambor jew lah erk..


nie kawan classmate ana..nma mnja "chenta" :P


 biar gambar jew berkata2..hehe ^_^


gambar matahari terbenam,dia nak blek umah dy dah..hehe..
cantik kan..subhanaAllah..:")


nie roomate ana :')



Saturday 23 February 2013

konsert!!!

Assalamua'laikum w.b.t :)
 alhmdulilah ! syukur buat Allah,kekasih hatiku.Selawat rindu buat Muhammad,Nabiku.Salam sayang buat antum semua yang amat ana hargai.Moga berjiran denganmu di Taman Firdausi..>3

entry kali nie nak story2 pasal Konsert Xpressi Seni 2013#mengagapai seribu impian# antara artis yang dijemput khas ialah DEVOTEES,RABBANI,VAST,MAHA...
malam berlangsungnya konsert ana diberikan tugas protokol dn pementasan salah satunya menjaga Rabbani,*waduh2 g mna nie*..hehe takutt..tp alhmdulilah ana dapat lakukan dengan baik..face to face cakap dengan rabbani..^_^..
haa..nak cerita sikit VAST dengan MAHA,mesti tertanya-tanyakan sapa mereka nie kan ??.=.=
ok,vast adalah kumpulan yang baru ditubuhkan asalnya bru 3 tahun..salah sorang ahli kumpulan tuu student uitm sendiri..ok abg Maha pulak bekas student uitm kedah skg degree dkt shah alam..abg Maha nie mewakili uitm Malaysia ke korea bru2 nie..*wahhh best nya kan*..(gamsahamnida hehe)

ok..malas nak cerita panjang2..heheh...*.nah tengok gambar*


 Rabbani..:")

devotees,rabbani,maha ,vast..^_^
majlis penutup


 belakang pentas,,jaga artis la katakan..:P

 yang nie barisan urusetia Kelab Bahasa Arab
 sempat lgii posing ngn belon.=.=

 kad urusetia ana..siap dgn nma penuh gituu..:P

Tuesday 12 February 2013

Ketentuan Jodoh :)

Assalamua'laikum :)
haa entry kali pasal jodoh..^_^

JANGANLAH kamu MENCARI pasangan yang terlalu SEMPURNA dimata kamu,TETAPI carilah pasangan yang telah MENYEMPURNAKAN hidupmu dengan caranya ♥
dekat bawah nie ana sediakan satu cerita sikit..^_^


Sepasang Suami Isteri "Sweet Couple" sedang berjalan sambil berpegangan tangan.. Tiba2 si Isteri bertanyakan soalan pada suaminya...

ISTERI: Abg, bila kita jalan mcm nie, semua org memerhatikan kita kan? Msti mereka pelik kenapa lelaki sehensem abg memilih saya yang serba kekurangan ni sebagai isteri abg...

SUAMI: Kenapa sayang cakap mcm tu?? Sayang kan isteri abg, biar lah apa org nak cakap pun... (senyum)

ISTERI: Sayang tahu tu, tapi sayangkan tak secantik perempuan2 lain, badan gemok, kulit gelap, pendek,. Rasa mcm tak layak jadi isteri abg... (Dgn nada yang sayu)..

SUAMI: (sambil mengenggam erat tgn isterinya) Sayang, nie lah yg dikatakan JODOH... ALLAH dah tentukan sayang jadi milik abg, abg REDHA... Dan untuk pengetahuan sayang, abg pilih sayang sebagai isteri abg bukan kerana paras rupa, bukan kerana harta tapi kerana agama yg ada pada sayang..kali pertama abg tgk sayang, abg yakin sayang boleh jadi isteri yg terbaik untuk abg tempuhi dunia nie... dan bila abg pandang muka sayang masa tu, nmpak wajah keibuan pada sayang....

ISTERI: Tapi abg........

SUAMI: (menutup mulut isterinya) Tak de tapi-tapi, Sayang adalah AMANAH dari ALLAH,. Apa pun yg org nak cakap abg tak kisah, apa yg abg tahu, abg BAHAGIA ada sayang disisi, sbb sejak kita nikah abg dah ada teman untuk menghafal al-quran, abg dah ada teman untuk mengaji dan abg dah ada teman untuk Tahajjud di sepertiga malam... sayang ingat senang ke abg nak cari isteri mcm sayang????
susah tau...

ISTERI: memandang suaminya dengan air mata berlinangan dipipi..

SUAMI: Alolololo... isteri abg nangis ye??? (smbil kesat air mata isterinya).. Abg tahu abg hensem (cewahhhh, hehehe) , dan abg tahu abg boleh dapat perempuan2 yang cantik, tapi abg tak nak ikut NAFSU, lumrah lelaki inginkan teman hidupnya secantik bidadari, tapi abg tak kejar semua tu, semua tu hanya didunia.. abg nak kejar JANNAH bersama2 isteri abg yang comey nie... abg tahu isteri abg nie mampu jadi bidadari abg yg paling cantik untuk abg dan anak2 nnti... InsyaALLAH di syurga nnti juga... kan sayang kan???

ISTERI: InsyaALLAH abg, trima kasih (nangis)

SUAMI: Dah la tu syang, jgn nangis dah tau.. Jom ikut abg g masjid, kita g taman2 syurga, malam nie ada kuliah kat masjid..
ABANG SAYANG ISTERI ABG.... ^______^
Allahurabbi...


Wednesday 6 February 2013

Ya Allah !!!

Apabila laut bergelombang,ombak menghempas dan angin bertiup kencang,si nelayan akan berseru : Ya Allah ya Tuhanku!!
Apabila penunggang unta tersesat di tengah padang pasir sahara,haluan berubah arah dan kafilah kebingungan dalam perjalanan,ia pun berseru : Ya Allah  ya Tuhanku
Apabila musibah menimpa,ujian melanda dan cubaan datang silih berganti maka orang yang ditimpa musibah itu akan berseru sekuat hati :Ya Allah ya Tuhanku
Apabila ikhtiar sudah sempurna,jalan tetap buntu,cita-cita terhenti dan segala hubungan terputus,mereka akan berseru :Ya Allah ya Tuhanku
"sungguh aku mengingat-Mu pada malam yang hitam pekat,ketika hamparan masa kotor berdebu.Aku berteriak kuat ketika fajar menyingsing sambil tersenyum lebar'
Kepada Allah jua lah ditujukan ucapan-ucapan yang bagus,doa-doa yang ikhlas,teriakan-teriakan yang benar,deraian airmata dan segala keluh-kesah kesedihan.
Kepada-Nya setiap tapak tngan menadah di hujung malam,memohon bantuan,begitu juga setiap mata yang merenung,serta segala permintaan makhluk baharu.
Dengan nama-Nya setiap lidah menyebut,meminta tolong,bermohon dan memanggil.Dengan mengingat-Nya hati akan tenteram dan roh akan damai,serta jiwa menjadi tenang.Urat-urat saraf menjadi lentur,kecerdikan meningkat da keyakinan menjadi mantap.


Sport Day :)

Assalamualaikum ;')
Mulakan pagi kita dengan zikir yang indah dan mudah :)

selamat pagiii,,nihao ma..??..#amboii kecek cina plak..:P..almaklumlah..hehe
nk dekat raya cina..cuti seminggu pon dah bermula..wink**
alhmdulilah baru hari ini berkesempatan nak buka blog...rindu nie..dah typo la plak..=.=
almaklumlah tugas sebagai student xlain xbukan study!!..minggu ni sibuk dngan quiz,test,organisasi lagii..
tp xpew i likeeee busy2 nie..heheh..(bila lagi nak merasa akan ala2 P.M gituu)..
haa,,,nak ambik kesempatan nak story pasal sportday Kelab Bahasa Arab..
alhmdulilah program berjalan dengan lancar n sporting2 belaka orgnya,walaupun masa metting semua nampak serius jew..tp masa sportday terserlah kebudak-budakkan kat situu..hehe..*(termasuklah dengan ana)*..antara aktivitinya ada fustal berkain.,explores,mencari kekasih hati,dan belon air :)

nie ada gambar sikit..^_^
                                              nie masa main belon air..habis basah baju


                                                                  team Kelab Bahasa Arab

yg ni kumpulan ana...=.=


Maniskan Iman Maniskan Senyuman

Saturday 26 January 2013

tarbiyyah dakwah ^_^

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات ^.^

Allhamdulilah syukur ke hadrat Allah dan kuhadiahkan selawat keatas junjungan besar
Nabi Muhammad s.a.w
haa...entry kali nie nk story2 pasal ana pergi stu program ala2 kem jgak laa.. slma 3 hari
anjuran...???haa dirahsiakan...hee..bkan dri uitm tp program anjuran luar..
masa dapat tahu boleh pergi..excited benor..(^_^)..sbb tempat yang nk pergi 
tak dibagi tahu..sapa2 pon msti tertanya2 kan..dkat mna lah program nie..dlam hutan kew..??gunung ganang kew??..=.=lpas abis klas siap2 kemas barang sbb kna berkumpul pukul 6.30
dekat pejabat kolej...tunggu punya tunggu dekat pukul 7.15 p.m tak ada orang jgak yang datang ambik..
haiii...xda org datang ambik kew nie..actually..yg pergi program tuu xlah ramaii..
muslimin 4 orang n muslimat 10 org jew..tp pergi asing2 sbb msing2 abis kelas lewat..
disebabkan orang yang datang ambik tuu xsampai lg..ana ngn sahabat2 lain pergi surau kolej solat magrib(takut terlepas plak magrib nanti,tp dalam perut ya Allah laparnyaaa mcm2 lagu dh dy nyanyi..siap dengan korus binnabil huda lg..hehe)*nak cakap lgu feveret laa kata kan*..hihi. mna tak nyaa balik klas td tak makan.'(..selesai jew solat tengok ada 2 orang muslimin tengah tunggu dalam kereta..
pada mulanya xnaik..pastu akak naqibah datang cakap naik jew muslimin nie akan bawa pergi tmpat program tuu..insyaAllah selamat ingat Allah bersama dengan kita..dalam kereta tuu ada 5 orang muslimat termasuk lah dengan ana..(haa,,nak bagi tahu kem tuu tidak dibenarkan membawa sebarang logo ipt)
*haaa..nampak dh kan flow kem tuu mcm mna*..
perjalanan tuu ambik masa 2 jam jgak la..sbb pukul 9.30 bru smpai..haa..msa tuu soalan yg berlegar2 dlm otak nie dah terjawab..rupa2 kem nie disebuah sekolah..
ok nak cerita pasal esoknya plak...pagi tuu bngun pukul 4.30 pg..
ambik wudhuk buat solat taubat,tahajud,hajat,last sekali solat sunat witir secra berjemaah..
masa tuu masing2 mendekatkan diri kepada Allah..selesai jew zikir n bca mathurat 
masing2 bergegas masuk kelas untuk dengar ceramah..fisrt kelas tajuk dakwah ,tarbiyah islamiyyah..second jamaah, last harakah islamiyyah(gerakan islam)..sebenarnya kem nie kearah nak mendidik menjadi pendakwah..(alhmdulilah ana bersyukur sangat sbb Allah pilih ana dan letakkan diri ana untuk berada dalam program tersebut)..
Dalam stu game nie ana sampai nak nangis sbb group ana tak dapat selesaikan dengan baik'(..ana rasa game nie yang paling susah sebab dia lebih praktikal cara berdakwah..sebelum kita tahu DAKWAH tuu secara teori jew..pada dasarnya kita bca jew..tetapi klau kita betol2 lalui YaAllah jauh lebih susah apa yang kita tahu..BERDAKWAH bukan senang..bukan senang nak mengajak orang lain untuk kearah yang diredha Allah dan terlintas dalam hati nie ya Allah sanggup kew aku nak hadapi setiap ujian DAKWAH nie..dakwah nie laluan dia penuh berduri tetapi pengakhiran nya Ya Allah masyaAllah manis tak dapat digambarkan apabila DAKWAH seseorang tuu tercapai..masa tuu ana ingat kata2 seorang ukhti "setiap ujian dakwah yang kita lakukan adalah tarbiyyah untuk dri kita untuk jadi yang lebih baik n kuat..=.=
Hari yang kedua mcm biasa jgak masa hari yang pertama,tapi tmbah lagi stu aktiviti iaitu tasmid..haa..perlu mnghafal  surah,hadis,dan sekali dengan maksudnya sekali..(masa tuu mcm2 gaya ada termasuk lah ana)->.<..hee..dalam kem nie dia latih diri kita kemana jew kita pergi al-Quran tafsir msti disisi dan masa yang terluang kena isi dengan baca al-Quran or bertasmid..alhmdulilah sedikit sebanyak sy dapat hafal dalil2 yang berkaitan dengan DAKWAH..(dalam hatii yeahhhh suka2)..*senyum sampai ke telinga*..:)
haaa...lg satu nak cerita masa makan..(klau bab mkan no 1)hee..patut la xkurus2..hehe:P
makan dekat situ dalam satu talam 5 orang..suapan yang pertama untuk sahabat...subhanaAllah rsa eratnya ukhwah walaupun xknl..yaAllah inilah aura ukhwah yang kucari selama nie..^_^haa..kem nie campur dengan student degree tp masyaAllah mereka tak membezakan..
Dan hari yang terakhir mcm biasalah..sesi feedback bg peserta(haa..msa nie ad akhi tu tnya degree kew.??dlm hti insyaAllah amiin nk sgt2)..*nmpak sgt mature kt situ*..=.= dan ana akan pegang kata2 akak senior
nie.."walau bagaimana tarbiyyah yang Allah bg dekat adik jgn mudah mengalah dalam berDAKWAH dan ingat apabila seseorang itu melafazkan LAILAHAILLALLAH sebenarnya dia telah memikul tanggungjwab yang besar iaitu BERDAKWAH...

asif..pic masa program xsempat nak snap..;'(

Thursday 17 January 2013

Nukilan Si Solehah


-----Bismillahirahmanirahim---

Perhiasan yang menjadi dambaan…”seorang manusia bergelar nabi, manusia dan lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Namun di tengah keindahan Syurga, jauh di sudut hatinya masih ada kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan Syurga! Maka diciptakan wanita sebagai pelengkap kepada nikmat Syurgawi. Bidadari yang cantik jelita juga adalah wanita. Oleh itu, boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya, tanpa wanita sunyi sepi lah dunia. Tidak banggakah kah kamu menjadi wanita? Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kamu boleh berbangga menyandang keistimewaaan ini? Perhiasan ialah sesuatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Sebagaimana sejuknya hati apabila melihat bunga, begitulah hati apabila melihat perhiasan. Namun, mengapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada hiasan dunia? Garis pemisah antara wanita yang menyejukkan hati atau sebaliknya ialah sekeping hati yang dimiliki.

Ciri-ciri wanita sejati bergelar wanita solehah yang digambarkan oleh Rasullullah S.A.W:

Apabila hati diserahkan sepenuhnya kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya.

Apabila wanita terus mengikat hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi.
Redup dan jernih wajahnya yang menjadi dambaan, mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan
Dan kerendahan hati yang tunduk pada syariaat
Meletakkan dirinya sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari zat Yang Maha Agung.

Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati tapi malangnya haruman itu tidak kekal. Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenarnya. Ia Cuma haruman palsu yang bersifat lauran. Bunga plastik tetap kaku walau di mana ia diletakkan dan harumannya yang palsu semakin hilang biarpun diletakkan di jambangan emas.

Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal walau di mana sahaja dia diletakkan, sama ada dijambangan ataupun sekadar tumbuh di pinggiran belantara.

Si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih kepada suami.

Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki ‘perhiasan’ sejati ini kerana pastinya hidup terarah ke Syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan Syurga hakiki yang kekal abadi.

Kamu sentiasa ada pilihan…

Wanita boleh memilih untuk menjadi ‘bunga sejati’atau bunga plastik.

Maka, pilihlah untuk menjadi bunga sejati. Menjadi wanita solehah yang membawa KETENANGAN.

Dan kamu hanya layak menjadi bunga sejati jika hati tunduk kepada Tuhan.

Bagaimanapun Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba tetap derhaka. Maha suci Allah yang telah memuliakan kamu sebagai wanita. Daripada-Nya kita datang dan kepadanya kita akan kembali. :)